Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bernama
Oktober 10, 2023 19:26 MYT
Oktober 10, 2023 19:26 MYT
HANOI: Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Daripada 13 kes itu, dua dikesan dari luar negara, manakala 11 lagi merupakan jangkitan domestik, lapor Xinhua.
Semua kes telah dikuarantin dan pihak berkuasa tempatan sedang meningkatkan penyeliaan untuk diagnosis awal, serta memberikan rawatan kepada pesakit.
Menurut jabatan kesihatan, banyak kes cacar monyet di bandar ini didapati mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Vietnam mengesan kes pertama cacar monyet pada September lalu.
-- BERNAMA