Video yu paus 'minta tolong' nelayan, tular di media sosial

Afiq Ariffin
Disember 2, 2019 20:14 MYT
Di dalam video berkenaan, yu paus itu dilihat menghampiri sebuah kapal nelayan tersebut untuk meminta bantuan melepaskannya daripada tali tersebut kerana ia menghalang pergerakannya. -Foto Facebook @animalmalaysia
SYUKUR ada nelayan yang baik hati.
Baru-baru ini, tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan seekor yu paus meminta 'pertolongan' sekumpulan nelayan kerana badannya tersangkut pada tali jala.
Video yang berdurasi 1 minit 53 saat itu dikongsi oleh akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.
Di dalam video berkenaan, yu paus itu dilihat menghampiri sebuah kapal nelayan untuk meminta bantuan melepaskannya daripada tali tersebut kerana ia menghalang pergerakannya.
Menyedari hal itu, beberapa nelayan berusaha untuk membebaskan yu paus itu dengan memotong tali berkenaan.
Akhirnya, yu paus itu berjaya dibebaskan dan melibaskan ekornya sebelum kembali berenang ke dalam laut.
Menurut kapsyen video berkenaan, kejadian itu dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak.
Muat naik berkenaan mendapat perhatian ramai netizen sehingga ada yang mengucapkan tahniah kepada sekumpulan nelayan di dalam video tersebut.
"Alhamdulillah kepada saudara2 yg membantu...semoga Allah memberi kemurahan rezeki selalu," tulis Izan Ahmad di ruangan komen.
"Thank you so much to the team !! Good human being still exists..," tulis Ishwari Subramaniam di ruangan komen.
#Bintulu #Facebook #Facebook Persatuan Haiwan Malaysia #ikan yu paus #Malaysia #media sosial #nelayan #Tular
;