Video tular warga Singapura disamun kumpulan bermotosikal di Johor palsu - Polis

Siti Nur Aqilla Omar
April 3, 2022 16:51 MYT
Siasatan mendapati rakaman kejadian sebenar bukan berlaku di Johor, sebaliknya di di tempat lain pada tahun 2014. - Gambar/ Media sosial
JOHOR BAHRU: Beberapa klip video yang tular di media sosial sejak Sabtu, memaparkan kononnya terdapat kejadian samun membabitkan warga Singapura menaiki motosikal berkuasa tinggi di Johor adalah palsu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan mendapati rakaman kejadian sebenar bukan berlaku di Johor, sebaliknya di di tempat lain pada tahun 2014.
"Bukit Aman juga pernah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan berita palsu ini di Facebook rasmi pada 2 November tahun lalu.
"Hal ini dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai khususnya pelancong warga Singapura untuk datang ke Malaysia melalui negeri Johor.
"Perbuatan menyebarkan dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperolehi daripada sumper tidak sah dan menggunakan maklumat palsu," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Video yang tular itu memaparkan sekumpulan lelaki bermotosikal menyamun dua penunggang motosikal berkuasa tinggi di tepi jalan.
#video tular #warga singapura #samun warga singapura #Johor #motosikal berkuasa tinggi
;