Video tular: Wanita terjun jambatan, berjaya diselamatkan
Dewi Nur Harasha Alias
April 18, 2018 15:46 MYT
April 18, 2018 15:46 MYT
Tindakan pantas seorang polis bantuan dan nelayan berjaya menyelamatkan seorang wanita yang nekad terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Rabu.
Insiden dilaporkan berlaku jam 11 pagi melibatkan seorang wanita berusia 28 tahun.
Wanita berkenaan juga dilaporkan meninggalkan keretanya di Kilometer 9.9 jambatan tersebut sebelum terjun.
Video usaha menyelamat mangsa kini tular di media sosial.
Penolong Penguasa Kanan Bomba (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang , Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, perbuatan wanita itu disedari anggota Polis Bantuan, Zaidi Salleh yang sedang melakukan rondaan.
Katanya, operasi menyelamat turut melibatkan nelayan, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM).
#APMM
#bomba
#Georgetown
#Jambatan Sultan Abdul Halim
#media sosial
#operasi menyelamat
#polis
#pulau pinang
#terjun jambatan
#video
#wanita