KOTA BHARU: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di kawasan pasar raya KB Mall di sini, selepas videonya tular di laman sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 19 hingga 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku pukul 9.30 malam selepas dua laporan polis telah dibuat oleh mereka.
"Hasil maklumat awal, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan pertelingkahan melibatkan dua pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang berebut pelanggan, masing-masing kemudian membawa kumpulan rakan sehingga mencetuskan pergaduhan di dalam dan luar kawasan pasar raya.
"Dalam kejadian itu juga, enam suspek mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini, yang menambah hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif.
Beliau berkata kesemua mereka akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Hasil semakan turut mendapati lima daripada mereka yang ditangkap mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, dengan masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai, buruh, pemandu lori dan petani.
"Bagaimanapun, pihak kami masih mengesan beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan kerana terdapat tiga rakaman video berkaitan kejadian itu berdurasi (31 saat, 27 saat dan tujuh saat) telah dimuat naik di laman sosial Facebook," katanya yang turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri kerana menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022

Kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan pertelingkahan melibatkan dua pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang berebut pelanggan. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).