Video tular: Polis tahan bapa kanak-kanak papar aksi berbahaya

Amirrul Rabbani
Mac 25, 2022 08:01 MYT
Semakan mendapati dia mempunyai 32 rekod kesalahan trafik.
IPOH: Polis telah menahan bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dalam satu video tular di media sosial yang memaparkan tiga kanak-kanak mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam tadi di Sunway City dekat sini.
Menurutnya, lelaki itu ditahan reman selama dua hari mulai hari ini sehingga esok (Sabtu).
“Semakan mendapati dia mempunyai 32 rekod kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, kanak-kanak yang terbabit pula berumur 4, 7 dan 8 tahun.
BACA: Polis kesan pihak terlibat video tular, papar aksi berbahaya kanak-kanak
Papar Aksi Bahaya | Polis kesan pihak terlibat video tular
Pada Khamis, Mior Faridalathrash berkata, polis sedang mengesan pihak yang terlibat dalam satu video tular di media sosial yang memaparkan tiga kanak-kanak mengeluarkan kepala daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.
Menurutnya, kejadian disyaki berlaku di Jalan Tambun dekat sini namun tarikh dan masa sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.
#video tular kanak-kanak buat aksi berbahaya #mior faridalahtrash wahid #Sunway City #lelaki direman