Video seks: Kenapa Ummi Hafilda mahu bermusuh dengan Azmin? - Khairuddin
Astro Awani
Jun 27, 2019 08:55 MYT
Jun 27, 2019 08:55 MYT
Permusuhan Ummi Hafilda Ali dengan abangnya, Mohamed Azmin Ali melambangkan adik bongsu Timbalan Presiden PKR itu tidak mengikuti ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan as-sunnah.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia berbeza dengan sikap Azwan Ali yang memohon maaf dan tidak berpanjangan bermusuhan dengan Mohamed Azmin.
"21 tahun yang lepas saya juga pernah bermusuh dengan Mohamed Azmin tetapi sebagai seorang mukmin akhirnya kita kena insaf dan berbalik kepada ajaran Islam. Kita berpegang erat pada ajaran agama yang melarang permusuhan secara berpanjangan.
"Kami bermaaf-maafan atas kelemahan masa lampau. Mohamed Azmin sentiasa menghulur tangannya kepada sesiapa yang ikhlas ingin bermaafan.
"Tiada alasan buat Ummi hendak bermusuh dengan abangnya sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Ummi di dalam catatan Facebooknya menyatakan video seks yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin merupakan balasan kerana dosa yang dilakukan ke atas arwah ibu dan adiknya selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun kata Khairuddin, tindakan Ummi itu dilihat mahu mencari publisiti murahan semata-mata.
"Dia hanya mahu terus relevan dalam berita-berita mutakhir di tanah air kita semata-mata.
"Bagi saya Ummi ini hanyalah seorang yang mahu perhatian namun tiada kredibiliti. Saya sarankannya kunci mulut dan duduk diam-diam," jelasnya.
Dalam perkembangan berasingan, Khairuddin menjelaskan, Mohamed Azmin tidak perlu melayan apa sahaja kenyataan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.
Tegasnya, Mohamed Azmin sendiri tidak bodoh untuk menghancurkan masa depannya dengan dakwaan terlibat dalam video seks berkenaan.
"Kalau hendak buat perkara-perkara sumbang seperti itu, sesiapa saja boleh terbang sebagai contohnya ke Indonesia, Singapura, Turki atau mana-mana negara luar untuk memuaskan nafsunya tetapi Mohamed Azmin bukan orang seperti itu," jelasnya.
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yakin Mohamed Azmin tidak bodoh untuk melakukan perbuatan seks sejenis.
Perdana Menteri berkata, Mohamed Azmin juga tidak bodoh untuk merakam video dan gambar perbuatan tidak senonoh itu.
#Azmin Ali
#Indonesia
#Islam
#Lokman Noor Adam
#Mahathir Mohamad
#PKR
#presiden
#seks
#Singapura
#UMNO
#video