Video rompakan di New Delhi bukan Sungai Siput - Polis

Sinar Harian
Julai 11, 2021 11:53 MYT
Tangkap layar video tular yang menunjukkan rompakan bersenjata dilakukan empat lelaki. -Video tular
SUNGAI SIPUT: Tiada kejadian rompakan bersenjata membabitkan empat individu berlaku di Sungai Siput sepertimana didakwa dalam satu video tular di media sosial sejak Sabtu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian yang direkodkan dalam video berdurasi dua minit 22 saat itu sebenarnya berlaku di New Delhi, India.
"Tiada kejadian rompakan bersenjata berlaku di sini seperti mana video yang tular, malah kita juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes itu.
"Berdasarkan pemeriksaan, kejadian rompakan itu berlaku di India," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Artikel asal di Sinar Harian: Video rompakan di New Delhi bukan Sungai Siput
#video tular #New Delhi #Sungai Siput #mohd khaizam ahmad shahabudin #media sosial #India #video
;