'Video podcast 'Hot Daddy' mungkin tidak dimuat naik atau telah diturunkan' - Fahmi

Umavathi Ramayah
Februari 7, 2024 16:30 MYT
Fahmi berkata, berdasarkan dapatan awal, berkemungkinan video tersebut tidak dimuat naik atau sudah diturunkan oleh platform terbabit. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak mengesan sebarang video yang memaparkan rakaman platform audio siar (podcast) yang menjemput seorang lelaki yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengiklankan khidmat persundalan atau digelar 'Hot Daddy' menerusi aplikasi X.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan dapatan awal, berkemungkinan video tersebut tidak dimuat naik atau sudah diturunkan oleh platform terbabit.
"MCMC sebelum ini ada menerima laporan berkaitan perkara terbabit, namun siasatan yang dijalankan tidak menemui rakaman video podcast berkenaan," katanya dalam sidang media pasca Kabinet di sini, pada Rabu.
Podcast undang pelaku seks: Kementerian Komunikasi terima laporan
BERITA LANJUT MENYUSUL
#video Hot Daddy #MCMC #Fahmi Fadzil #persundalan
;