Video pensyarah didakwa hina pelajar dirakam semester lalu, bukan semalam - Naib Canselor UiTM

Hilmi Malik
Mac 30, 2022 14:47 MYT
Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Video tular membabitkan seorang pensyarah yang didakwa memarahi seorang pelajar gara-gara tidak mempunyai komputer riba bukanlah insiden baru.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya difahamkan ia merupakan kejadian yang berlaku pada semester lalu.
“Saya difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku semester lepas dan bukannya semalam jadi maknanya isu ini mesti ada perancangan mengapa ia dimuat naik semalam (Selasa).
“Apa pun kami dah ambil tindakan dan insya-Allah kita sentiasa ingin berikan yang terbaik buat semua pelajar,” katanya ketika ditemui media pada Rabu.
BACA: Pensyarah didakwa hina pelajar B40 kerana tidak miliki komputer riba
BACA: Pensyarah didakwa hina B40: Saya telah minta penjelasan UiTM - Menteri
BACA: Hina pelajar B40: Facebook rasmi UiTM jadi sasaran warga maya
BACA: MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40
Dalam pada itu, Dr Roziah turut mengesahkan pensyarah yang terlibat merupakan lantikan kontrak UiTM yang mengajar pada semester tersebut dan ketika ini masih mengajar di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Pada Rabu, tular mengenai sebuah video yang menyaksikan seorang pensyarah dipercayai daripada UiTM yang memarahi seorang pelajar berikutan tidak memiliki komputer riba sewaktu mengikuti sesi pengajian secara atas talian.
Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai yang tidak bersetuju dengan cara tersebut malah dikatakan telah memperlekehkan golongan B40.
Video Tular | UiTM ambil tindakan kes pensyarah tular marah pelajar
#UiTM #video tular #Naib Canselor UiTM #Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor #hina B40 #herdik pelajar
;