Video pelajar ditendang rakan di Sabah: Netizen persoal siapa bersalah

Astro Awani
September 6, 2016 20:08 MYT
Sebuah rakaman video yang memaparkan satu kes buli di sebuah sekolah tersebar dengan meluas di media sosial. - Gambar fail
Kes buli melibatkan pelajar sekolah terbaharu yang disahkan berlaku di Sabah, mula menjadi bualan netizen.
Cuma kini, yang hangat diperkata, salah siapa? Murid, ibu bapa atau pun guru dan pihak sekolah?
Ia masih dalam siasatan selepas satu laporan polis dibuat dan ia disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di daerah Putatan, Penampang di sini.
Kes ini masih di bawah siasatan dan polis masih mengenal pasti murid lelaki yang memukul mangsa.
Keluarga mangsa dilaporkan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.
Video berdurasi 2.27 minit itu menunjukkan seorang murid lelaki memukul mangsa menggunakan kerusi plastik, selain menumbuk dan mencekik leher mangsa.
BACA: Video pelajar ditendang rakan sekelas viral di media sosial
Di Facebook, dengan dikongsikan ramai malah ada yang mula menuding jari.
Tidak kurang juga yang menganggap pengaruh sekeliling ketika ini yang mudah diperoleh kerana ini bukan kali pertama kes buli di sekolah dirakam, dimuat naik dan menjadi kes polis.
#kes buli #media sosial #sekolah agama #video viral
;