Video khas 'That Effing Show' ekoran laporan polis Perkasa Perak

Astro Awani
November 1, 2013 15:40 MYT
That Effing Show menghasilkan satu video khas sebagai respon terhadap laporan polis yang dibuat oleh sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak terhadap mereka.
Video tersebut, menerusi pengacaranya Ezra Zaid menjelaskan secara sinikal terhadap Perkasa dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berhubung video berkenaan.
Secara sinisnya, Ezra menjelaskan That Effing Show dan Perkasa mempunyai persamaan kerana bermula pada tahun yang sama iaitu 2010.
Video penjelasan secara sinis dihasilkan dua hari selepas Ketua Wira Perkasa Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh bersama 10 anggota pertubuhan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Beliau mendakwa video bertajuk 'The Effing Show #95: Allah, Apa Lagi?' yang disiarkan dilaman Youtube tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
#Ezra Zaid #PERKASA #That Effing Show
;