Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq

Fareez Azman
Jun 13, 2019 17:24 MYT
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat sahkan pihaknya menerima laporan Haziq hari ini. - Gambar fail
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Haziq lelaki yang membuat pengakuan secara terbuka penglibatannya dalam sebuah video intim bersama pasangan sama jenis mirip seorang menteri Kabinet itu membuat laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya pada khamis.
"Kita meneliti report (laporan) itu dan akan siasat," kata Fadzil ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Dalam laporan yang dibuat, Haziq berkata, dia bimbang terhadap keselamatannya selepas membuat pengakuan pada Rabu.
Haziq turut mendedahkan telah dipaksa untuk menafikan dirinya oleh setiausaha politik seorang menteri yang didakwa bersama dalam video itu.
Kata Haziq, paksaan itu dibuat oleh setiausaha itu ketika mereka bertemu di sebuah restoran di Putrajaya.
Dalam laporan polis itu juga, Haziq mendakwa dirinya diancam, diugut dan dimanipulasi.
BACA: Video intim: Giliran Haziq Aziz buat laporan polis
#Astro Awani #Azmin #Balai Polis Kelana Jaya #Di ancam #Facebook #Haziq Aziz #Hilman Idham #INTIM #Ketua Polis Daerah #laporan polis #Manupulasi #Petaling Jaya #restoran #Setiausa Politik #ugut #video
;