Video intim: Haziq, lima lagi direman bantu siasatan

Hakim Rahman
Julai 15, 2019 14:01 MYT
Haziq ditahan reman enam hari mulai hari ini (Isnin). - Gambar fail
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lima individu lain direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran video intim yang tular sejak Jun lalu.
Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi di sekitar Lembah Klang bermula jam 6 petang hingga 10 malam tadi oleh Unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan perkara ini kepada Astro AWANI tengah hari Isnin.
Haziq dan lima individu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
#Bekas Angkatan Muda PKR Santubong #Haziq Abdullah Abdul Aziz #Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman #jenayah #operasi #video intim
;