Video intim: Apa yang kita tahu setakat ini?
Saraya Mia
Jun 14, 2019 13:29 MYT
Jun 14, 2019 13:29 MYT
Gempar apabila satu video lucah membabitkan seorang menteri kabinet tular di media sosial sejak Selasa malam.
Namun, perkara itu telah dinafikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya pada Rabu.
Berikut adalah maklumat yang telah didapati setakat ini berkaitan isu kejadian setakat ini:
11 Jun, 2019:
1. Satu video lucah melibatkan seorang menteri tular di media sosial selepas disebar melalui aplikasi WhatsApp kira-kira pukul 1.20 pagi, Selasa.
2. Klip video telah memaparkan dua lelaki berada di atas katil melakukan aksi 'intim' dengan salah seorang lelaki yang wajahnya mirip seorang pemimpin kerajaan.
12 Jun, 2019:
1. Seorang individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat kenyataan menerusi video di laman Facebook peribadinya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video tersebut.
2. Dalam kenyataannya, dia mendakwa individu di dalam video itu "seorang yang tidak boleh dipercayai dan perlu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”
3. Kenyataan itu dipercayai berkaitan dengan isu pemindahan wang bernilai RM3,083,092 (AS$741,440) dari akaun syarikat UEM Group Berhad ke akaun Maybank milik peribadi menteri itu pada 19 Disember 2017.
4. Haziq merupakan setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga Ketua Pemuda PKR Santubong.
5. Menteri Kabinet yang didakwa terlibat dalam video skandal seks menafikan perkara itu dalam kenyataan media pada Rabu.
6. Dalam kenyataannya, beliau menegaskan tuduhan yang dibuat oleh individu bernama Haziq Aziz merupakan komplot jahat dalam agenda politk.
7. Siasatan lanjut sedang dijalankan SPRM bagi mengesahkan kesahihan gambar serta klip video terbabit.
8. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti itu tidak akan terlibat dengan kes ini yang mengaibkan seorang menteri kerajaan.
9. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya menyokong sepenuhnya menteri tertuduh itu dan menolak permainan politik kotor.
10. Setiausaha Politik kepada Mohamed Azmin, Hilman Idham juga menafikan bahawa Azmin pernah berjumpa dengan Haziq Aziz di Sandakan pada Mei lalu kerana beliau telah berada bersamanya sepanjang PRK itu.
11. Turut memberi kenyataan adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan pengakuan itu mencurigakan.
13 Jun, 2019
1. Jawatan Haziq sebagai setiausaha kanan telah digantung selama tiga hari kerana tidak hadir bertugas selama tiga hari, kata Timbalan Menteri Shamsul Iskandar.
2. Shamsul Iskandar juga menegaskan bahawa kontrak perkhidmatan Haziq akan ditamatkan jika tidak menerima balasan 'surat tunjuk sebab' pada masa yang telah ditentukan.
3. Haziq tidak dapat dikesan oleh ahli keluarganya sejak kontroversi video intim berkenaan pada Selasa.
4. Mohamad Azmin mengaku beliau mengenali Haziq namun ia hanya kerana mereka berdua merupakan ahli Parlimen PKR.
5. Setiausaha politik Hilman Idham membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kes video lucah melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.
6. Haziq turut membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dan mendakwa dirinya "diancam, diugut dan dimanipulasi" oleh pihak tertentu.
7. Bagi membuktikan tidak berbohong, dia memuat naik satu gambar laporan berkenaan di Facebook peribadinya.
8. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.
9. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan kertas siasatan telah dibuka ke atas satu laporan polis berhubung kes video lucah dikaitkan dengan seorang menteri
10. Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan percaya UMNO dan PAS tidak terlibat dalam kejadian menyebarkan video itu namun, tidak mustahil ia perbuatan ahli parti kerajaan.
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Balai Polis Kelana Jaya
#Facebook
#Haziq Aziz
#lelaki
#Mahathir Mohamad
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Perdana Menteri
#PKR
#Skandal Seks
#SPRM