Video buli tular babitkan pelajar di sekolah menengah di Singapura

Agensi
Februari 22, 2018 23:25 MYT
Paparan skrin video pelajar sekolah dibuli rakan sekelas yang tular di media sosial baru-baru ini.
KEJADIAN buli di sekolah kembali tapi kali ini berlaku di Singapura.
Bagaimanapun, video buli itu mula tular dalam kalangan nitizen di Malaysia.
Insiden dilaporkan berlaku di Westwood Secondary School pada 9 Feb lalu.
Video yang tular itu memaparkan beberapa pelajar dalam kelas memperlekehkan seorang pelajar yang duduk di mejanya sambal melihat telefon bimbit.
Salah seorang pelajar membaling kerusi kelas ke arah pelajar yang duduk itu tetapi tidak tepat ke sasaran.
Kemudiannya, seorang lagi pelajar melontar kerusi, kali ini betul-betul tepat mengenai pelajar yang sedang duduk itu.
Pelajar yang membuli itu terus menyerbu dan menampar mangsa, menendangnya beberapa kali dan kemudiannya menolak mangsa dari kerusi sehingga jatuh ke lantai.
Pembuli itu terus menyerang mangsa bertubi-tubi.
Video itu mendapat pelbagai reaksi warga Singapura, dan ramai yang berpendapat buli sebagai satu masalah berpanjangan di sekolah-sekolah di negara itu.
Mengulas kejadian itu, Guru Besar Westwood Secondary School, Abdul Harris Sumardi memberitahu The Straits Times bahawa enam pelajar Menengah 3 yang terbabit sudah diberi kaunseling dan diambil tindakan disiplin sewajarnya.
Pihak sekolah juga bekerjasama dengan ibu bapa pelajar terbabit bagi memastikan mereka belajar dari kesilapan yang dilakukan.
Ini bukan kali pertama kes buli dirakam di sekolah menengah di Singapura.
September lalu, sekumpulan pelajar memukul seorang pelajar lekaki di St Hilda Secondary School.
Satu kajian mengenai buli di sekolah dilakukan pada 2015, meletakkan Singapura di tahap yang tidak langsung dijangka, iaitu kadar buli membabitkan pelajar yang ketiga tertinggi di dunia.
#buli #buli di sekolah #mangsa #pelajar #sekolah #Singapura #video #video tular #video viral terbaru #Westwood Secondary School
;