Veveonah besar hati terima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri

Bernama
September 13, 2020 23:33 MYT
Veveonah berkata, jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu. - Gambar Instagram/Veveonah Mosibin
Penuntut Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin yang namanya menjadi tular sekitar Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, hari ini berbesar hati selepas menerima jemputan makan malam bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang rendah diri dan mengagumkan, Veveonah menerusi hantarannya di Instagram, berkata jemputan itu merupakan satu penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara itu.
Pada 3 Sept lepas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di pedalaman Sabah, telah mencetuskan polemik.
- BERNAMA
#cerita rakyat sabah #Dewan Negara #Instagram #Malaysia #Muhyiddin Yassin #Penuntut Universiti Malaysia Sabah #Perdana Menteri #Pilihan Raya Sabah 2020 #PRN Sabah 2020 #Sabah Memilih #Veveonah Mosibin
;