Veteran VAT-69 kecam kenyataan Tian Chua

Nabihah Hamid
Mac 4, 2013 14:42 MYT
Kira-kira 200 anggota veteran Skuad VAT-69 hari ini berhimpun secara aman di Tugu Negara bagi membantah kenyataan pemimpin politik yang disifatkan menghina warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bekas Ketua polis negara, Tan Sri Samshuri Arshad berkata, isu keselamatan Negara perlu ditangani bersama dan tidak seharusnya dipolitikkan.
"Suara orang yang mahu jadi pemimpin, yang kata bahaya ini adalah sandiwara, kita jangan mempermainkan soal kematian dan hanya Allah yang menentukan kematian.
"Tiada siapa menjadi dalang disebalik kematian serta menjadikan ia sebagai sandiwara," katanya Samsuri yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia pada sidang media selepas himpunan tersebut.
Pihaknya juga berharap tindakan dan siasatan dibuat terhadap mereka yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan berbaur hasutan.
Sementara itu, mantan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan berkata semua rakyat perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik.
Ini kerana katanya, apa yang lebih penting adalah menyelesaikan kemelut di Sabah dengan kadar segera.
"Marilah kita bersama berdiri teguh dibelakang kerajaan, dan ingin saya katakan bahawa politik ada hadnya maka jangan gadaikan negara kita kerana politik."
Peserta perhimpunan turut mempamerkan kain rentang yang menuntut Naib Presiden PKR, Tian Chua membuat kenyataan maaf kerana mendakwa kenyataannya telah mengguris hati warga PDRM.
Dengan melaungkan takbir dan nyanyian lagu negaraku, himpunan aman anjuran Yayasan Pengaman Malaysia YPM dan diketuai pengerusinya, Samsuri Arshad.
Tian Chua sebelum ini mendapat kecaman hebat dimedia dan laman sosial ekoran kenyataannya yang didakwa menuduh kerajaan terlibat dalam konspirasi di Lahad datu, Sabah sehingga melibatkan kematian pejuang negara.
Meskipun Tian Chua di laman 'twitternya' kenyataannya dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pada 9 Feb lalu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pertempuran tercetus pada 1 Mac antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis dan telah menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
#Bekas Ketua Polis Negara #i Yayasan Pengaman Malaysia #Skuad VAT-69 #Tan Sri Samshuri Arshad #Tian Chua #tugu negara
;