Veteran UMNO Kelantan cedera dikelar, ditetak
Sinar Harian
Julai 28, 2019 23:59 MYT
Julai 28, 2019 23:59 MYT
Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamarudin Abdullah melalui detik cemas apabila cedera parah ditetak dan dikelar dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku di dalam sebuah kedai kopi yang terletak di Jalan Tengku Chik jam 7.45 malam tadi.
Punca sebenar kejadian masih belum dapat diketahui.
Veteran UMNO tersebut mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
#cedera parah
#dikelar
#ditetak
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
#Jalan Tengku Chik
#kamarudin abdullah
#Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan
#Veteran UMNO Kelantan