LANGKAWI: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran (PPV) yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga, terutama yang daif serta menghidap penyakit kritikal.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan memaklumkan empat veteran ATM tidak berpencen disantuni Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dalam program peringkat Kedah semalam dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus.
Pada tahun ini, PPV ATM akan terus menumpukan kepada lima aspek utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan golongan veteran.
"Pengisian PPV merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukanbantuan dan mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan daif," menurut kenyataan itu.
"Turut diserahkan semasa ziarah ialah bantuan peralatan pesakit seperti katil pesakit, kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang dan susu serta penyampaian sumbangan wang tunai dan kotak makanan" menurut kenyataan itu.
Sempena PPV semalam, Adly turut menjejaki usahawan veteran ATM yang menceburi perniagaan iaitu Muhammad Jaafar yang menjadi agen jualan kerepek pisang dan Mohd Azam Ibrahim yang mengusahakan warung makanan di Kampung Bubor, Temonyong di sini.
Inisiatif jejak usahawan veteran ATM itu juga merupakan antara usaha untuk mengenal pasti usahawan veteran ATM bagi mengumpul data selain menyampaikan bantuan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui platform media sosial JHEV.
Turut disantuni ialah Arif Abd Rahman, 61, dari Kampung Penarak, Kuah di sini serta isteri Noriah Ahmad, 60, yang menghidap penyakit kencing manis sehinggga menyebabkan tumit kanannya dipotong.
Menurut kenyataan itu, veteran tersebut bekerja sebagai nelayan dan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup JHEV ATM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Menurut Mindef, pada tahun ini, PPV ATM akan terus menumpukan kepada lima aspek utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan golongan veteran. - Gambar fail/Mindef
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Agihan semula dana kutipan kalanan termasuk Matching Grant berkenaan bertujuan memberi kebajikan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.