KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) percaya Varian Delta yang dilaporkan di Pasir Puteh sudah tersebar ke beberapa daerah seperti Bachok dan Tanah Merah hingga menyebabkan peningkatan jangkitan COVID-19 di negeri berkenaan.
Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata dengan jumlah jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan buat masa ini, kemungkinan varian tersebut sudah berada dalam komuniti.
"Buat masa ini kita mengesan satu kes melibatkan Varian Delta pada 23 Julai lepas dan beberapa lagi sampel masih dalam analisis.
"Proses mengenal pasti varian ini bukannya mengambil masa cepat dan langkah terbaik adalah dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak jangkitan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), di sini hari ini.
Setakat semalam, sebanyak enam kluster baharu direkodkan di Kelantan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster adalah 123.
"Hampir setiap hari kita merekodkan kluster baharu dan semalam satu kes kluster baharu direkodkan melibatkan seorang kanak-kan lelaki berusia lapan tahun di Kampung Tok Junuh dekat Mahligai, Bachok.
"Daripada kluster itu 13 kes positif direkodkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
![Varian Delta di Pasir Puteh mungkin tersebar ke daerah berdekatan - JKNK Varian Delta di Pasir Puteh mungkin tersebar ke daerah berdekatan - JKNK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627908027_TBDRZAINIHUSSIN.jpg)
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata dengan jumlah jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan buat masa ini, kemungkinan varian tersebut sudah berada dalam komuniti. - Foto BERNAMA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Tiada varian Mu, Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy Tiada varian Mu, Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632387115_KhairyJamaluddin.jpg)
Tiada varian Mu, Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy
Ujian ke atas sampel di Malaysia yang menjalani aktiviti jujukan genom setakat ini dikenal pasti sebagai varian Delta.
![Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626782521_SwabTest.jpg)
Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera
Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lalu.
![Varian Mu telah merebak ke 39 negara, ini apa yang diketahui setakat ini! Varian Mu telah merebak ke 39 negara, ini apa yang diketahui setakat ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629094672_Kinabatangan.jpg)
Varian Mu telah merebak ke 39 negara, ini apa yang diketahui setakat ini!
Varian Mu pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu dan masih diklasifikasikan sebagai 'variant of interest' (VOI).
![Delta kini varian dominan di Sarawak Delta kini varian dominan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617531191_SwabTest.jpg)
Delta kini varian dominan di Sarawak
Varian Delta COVID-19 kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjangkiti penduduk di Sarawak.
![COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623900900_PFIZER.jpg)
COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa individu yang belum divaksinasi untuk segera mendapatkan suntikan di tengah-tengah penularan varian Delta.
![Varian Delta: Pembiakan di hidung mungkin akibat perubahan biologi terhadap vaksin Varian Delta: Pembiakan di hidung mungkin akibat perubahan biologi terhadap vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627717180_COVID.jpg)
Varian Delta: Pembiakan di hidung mungkin akibat perubahan biologi terhadap vaksin
Pembiakan varian Delta yang dikatakan merebak menerusi hidung berkemungkinan berpunca akibat perubahan ciri-ciri biologi terhadap vaksin.
![COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604488473_Drnoorhisham.jpg)
COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624409368_Kinabatangan.jpg)
Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara
Sarawak mencatatkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 272 kes dilaporkan.
![COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627374779_testingstation.jpg)
COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand
Varian Delta kini strain COVID-19 yang paling dominan di Thailand, menyumbang lebih 90 peratus jangkitan baharu sejak minggu lalu.
![Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627270520_DGHisham.jpg)
Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham
Lima sampel kes positif COVID-19 hasil ujian saringan di Parlimen baru-baru ini disahkan adalah varian delta.