Vape beri tanggapan seolah-olah benda buruk jadi baik - KKM

Irfan Faruqi
Mei 31, 2023 09:40 MYT
Aryana berkata perisa dan bau daripada vape membuatkan pandangan orang ramai berubah daripada menganggap ia buruk kepada seolah-olah baik. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cabaran sebagai pengamal perubatan dan pembuat polisi untuk menangani penggunaan produk tembakau menjadi lebih sukar akibat pengenalan produk pengewap atau vape.
Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Nor Aryana Hassan berkata, pembungkusan, perisa dan bau daripada vape membuatkan pandangan orang ramai berubah daripada menganggap ia buruk kepada seolah-olah baik.
“Antara cabaran yang paling sukar adalah produk baharu datang dengan bau yang sedap dan tidak kelihatan seperti rokok. Dia berubah daripada sesuatu yang buruk kepada benda yang orang suka.

Cabaran sebagai pengamal perubatan dan pembuat polisi untuk menangani penggunaan produk tembakau menjadi lebih sukar akibat pengenalan produk pengewap atau vape.#AWANInews pic.twitter.com/IF9WKtLcPE

— Astro AWANI (@501Awani) May 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Itu cabaran utama sebagai pengamal perubatan dan pembuat polisi dalam memastikan kesedaran orang tidak beralih kepada produk baharu ini,” katanya dalam Program Agenda AWANI.
Selain itu Aryana menambah, antara cabaran yang dihadapi pihaknya untuk memberi kesedaran mengenai keburukan produk tembakau dan nikotin kepada kesihatan adalah untuk mengenalpasti pesakit yang menghidapi penyakit akibat penggunaan produk tembakau atau nikotin.
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 6 Jun 2023.
RUU yang juga dikenali sebagai Generational End Game (GEG) antara lain akan melarang penjualan dan penggunaan sebarang bentuk produk berkaitan rokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan mulai 1 Jan 2007 dan seterusnya, dengan tujuan untuk mengharamkan generasi akan datang daripada merokok dan vape.
#Agenda Awani #KKM #Kementerian Kesihatan Malaysia #vape #Generational End Game #rokok #tembakau
;