Vandalisme MRT: 'Fasiliti kelas pertama dan minda kelas ketiga'

Kohilah Sekaran
Julai 24, 2017 16:04 MYT
Netizen melahirkan rasa kecewa terhadap perlakuan vandalisme segelintir pihak di laluan stesen Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh - Kajang.
Netizen melahirkan rasa kecewa terhadap perlakuan vandalisme segelintir pihak di laluan stesen Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh – Kajang.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI pada Ahad, beberapa stesen seperti Stesen MRT Merdeka dan Stesen MRT Bukit Bintang menjadi mangsa perlakuan keji tersebut.
Puntung rokok dibuang merata-rata, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mencalarkan serta merosakkan tempat duduk di kawasan platform.
BACA: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vansdalisme
Perkara ini nyata mengundang kemarahan orang ramai, apatah lagi laluan MRT baru sahaja dilancar minggu lalu.
Netizen yang menyifatkan sikap itu sebagai 'minda kelas ketiga' mengatakan kejadian sebegini hanya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih belum bersedia menerima pengangkutan awam yang canggih dan bertaraf dunia.
Mereka menyeru orang ramai untuk menghargai kemudahan baharu kerana ia hanya mencerminkan etika rakyat Malaysia.
"Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme fasiliti kelas pertama dan minda kelas ketiga," kata seorang netizen, PU Rahmat IKhsan.

Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme Fasiliti kelas pertama dan minda kelas ketiga pic.twitter.com/07xsIAKh6K

— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) July 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Love all the MRT shots! show that people appreciate facilities by randomly explore them except for the ignorant ungrateful vandals

— Sh Athirah (@ShAthirah1) July 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

MRT vandalized after 5 days? That's what you get when the education system is dumbed down. You create common vandals.

— Mooreyameen (@mooreyameen) July 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

YO MALAYSIANS! Vandalisme on MRT only after 5 days of launch?! WHAT WERE YOU THINKING?! OTAK MANA?!

— Witch (@adibah_ppg) July 23, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

sian btl tak smpai seminggu kot MRT beroperasi dah diancam vandalisme. Inilah org Malaysia..

— Shah Razin (@razinrazin) July 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada juga yang mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan keras terhadap pelaku.
#media sosial #MRT #Vandalisme
;