Van terbabas di Lebuhraya PLUS, sekurang-kurangnya tiga maut

Abd Razak Mohd Ali
Mei 19, 2019 10:37 MYT
Anggota bomba memeriksa keadaan van yang hancur musnah susulan kemalangan. - JBPM Perak
Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah van terbabas di KM190 Simpang Empat, Semanggol arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, pagi tadi.
Kemalangan sekitar jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas van yang membawa 14 penumpang, kesemuanya warga asing, terbabas sebelum melanggar penghadang tepi lebuh raya.
Kejadian turut menyebabkan beberapa penumpang tercampak keluar dari laluan lebuh raya dan jatuh dari ketinggian hampir lima meter.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.34 pagi.
Katanya, tiga daripada mangsa tersebut tersepit dan operasi menyelamat sedang dijalankan.
#kemalangan maut #kemalangan van #Semanggol #simpang empat #warga asing
;