KUALA LUMPUR: Program vaksinasi merupakan kaedah yang terbaik bagi mengelak kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dijangkiti COVID-19 secara semula jadi.
Pakar Pediatrik Imunologi & Alergi, AMDI, USM, Dr. Intan Juliana Abd Hamid menjelaskan, golongan kanak-kanak berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang agak teruk.
Tambah beliau, data dari kajian dari dalam dan luar negara yang dikumpulkan membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai risiko untuk mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat COVID-19.
"Perkara ini yang boleh dielakkan, yang kita tidak mahu ialah anak-anak kita menghadapi benda ini (dijangkiti COVID-19).
"Sebab itu kita cadangkan vaksinasi bagi mengelak anak-anak dijangkiti COVID-19 secara semula jadi.
"Vaksinasi yang kita buat merupakan satu cara untuk kita latih badan kita untuk hasilkan sistem ketahanan badan kepada virus COVID-19," katanya.
Beliau menjelaskan keraguan ibu bapa terhadap vaksin adalah lebih kepada data keselamatan vaksin yang digunakan untuk kanak-kanak.
"Kebanyakan keraguan ibu bapa ini melibatkan data keselamatan vaksin itu sendiri iaitu mRNA vaksin kerana ia adalah jenis vaksin yang baharu, teknologi baharu.
"Tetapi buat masa ini kita perlu timbang antara risiko dan kesan baik daripada vaksin itu iaitu melindungi kanak-kanak dari COVID-19," katanya lagi.
Dr. Intan Juliana menjelaskan sekiranya kanak-kanak dijangkiti COVID-19 secara semula jadi, mereka berisiko untuk mendapat kesan yang teruk sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan hingga ke peringkat menemui ajal.
Beliau juga menjelaskan jika kanak-kanak dijangkiti COVID-19 secara semula jadi dan mendapat kesan sampingan, ia akan menjejaskan kualiti hidup secara jangka panjang.
Dr Intan Juliana berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru yang disiarkan di saluran 501 dan astroawani.com pada Khamis.
Astro Awani
Thu Feb 03 2022
![Vaksinasi kaedah terbaik elak kanak-kanak dijangkiti COVID-19 - Dr Intan Juliana Vaksinasi kaedah terbaik elak kanak-kanak dijangkiti COVID-19 - Dr Intan Juliana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643899705_TBIntanJuliana.jpg)
Dr Intan Juliana menjelaskan data dari kajian dari dalam dan luar negara yang dikumpulkan membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai risiko untuk mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat COVID-19. - Gambar Astro AWANI
Bahang kehangatan, rakyat Gaza beri mesej melalui sukan
Kejohanan bola sepak selama dua hari dianjurkan ketika dunia bersiap sedia untuk menyaksikan temasya sukan berprestij itu membuka tirai di 'Kota Cinta' Paris.
[TERKINI] Perselisihan perhubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh
Perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibunuh.
Malaysia gesa Myanmar serius tangani konflik setempat
Malaysia menggesa Myanmar untuk terus serius dalam usaha menangani masalah di negara itu yang kini sudah menjadi masalah di rantau ASEAN.
PM umum peruntukan RM1 juta kepada NCCIM
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi - Azalina
Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) selaras dengan amalan terbaik global melalui perbandingan dengan negara-negara lain, dalam masa terdekat.
Pencemaran: Kilang mahu untung, penguatkuasaan perlu diperketat
Setiap syarikat mahukan keuntungan tanpa perlu berbelanja besar, sekali gus menjadi salah satu punca pencemaran sumber air sering berulang membabitkan pengusaha industri perkilangan.
Pastikan syarikat tawar khidmat pakar diperakui - Gobind
Menteri Digital, Gobind Sing Deo berkata kementerian itu mengesan beberapa pihak tidak bertanggungjawab ‘mencipta’ domain (laman sesawang) bagi mendapatkan maklumat yang kemudian disalah guna.
10 termasuk pengurus bank didakwa
Sepuluh individu termasuk dua pengurus bank yang dikaitkan dengan pengeluaran RM24.2 juta wang deposit tetap sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang diketuai oleh Josepin J.Langkan, 38 tahun.
Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thien, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang diketuai oleh Josepin J.Langkan, 38 tahun.
Permohonan ikat jamin pasangan suami isteri ditolak
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Julai 2024.
![397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids 397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649216868_PICKids.jpg)
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
![PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655632019_NoorAzmiGhazali.jpg)
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
![KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655369030_TBPICKIDS.jpg)
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
![Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
![PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644843284_TBROSEVAKSIN.jpg)
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
![Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651054777_Suntikankanakkana.jpg)
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.