KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mendapati seramai 15 peratus daripada 40,000 ibu bapa menyuarakan pilihan ‘tidak setuju’ dalam tinjauan awam terhadap program vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), tinjauan yang dilakukan dalam tempoh 26 hingga 31 Januari lalu juga mendapati majoriti 59.7 peratus ‘sangat bersetuju’ manakala 25.3 peratus lagi masih ‘tidak pasti’.
“Seramai 40,000 responden telah menjawab tinjauan tersebut sehingga 31 januari 2022. Sebab utama yang menyebabkan responden tidak setuju atau tidak pasti ialah risau berkenaan komplikasi, risau berkenaan keselamatan vaksin, mahu diberi kelebihan untuk memilih jenis vaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium CRC Hospital Umum Sarawak pada Khamis.
Dalam pada itu Uggah menekankan vaksin COVID-19 jenis Pfizer yang diberikan kepada kanak-kanak telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NRPA) dan mempunyai dos yang jauh lebih rendah berbanding dos dewasa.
"Tadi awak nampak (vaksin) warna oren menunjukkan itu dos yang kurang. Sela masa antara dos pertama dan dos kedua ialah lapan minggu manakala bagi kanak-kanak yang immunocompromised, sela masa yang dicadangkan ialah 3 minggu,” katanya lagi.
Pun begitu menurutnya, dengan pelancaran PICKids hari ini, Kerajaan Sarawak menyasarkan 70 peratus daripada 272,500 kanak-kanak yang layak dan di dalam sistem pendidikan untuk diberikan dos pertama vaksin Pfizer dalam tempoh dua bulan dari sekarang.
Sementara itu penasihat JPBNS Prof. Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata vaksin Pfizer mampu melindungi kanak-kanak daripada sindrom keradangan pelbagai sistem selain kesan jangka panjang jangkitan COVID-19.
“Salah satu sebab mengapa kami mahu memvaksin kanak-kanak adalah kerana kanak-kanak yang mempunyai sindrom keradangan pelbagai sistem ini yang mana keradangan bukan sahaja menyasarkan jantung tetapi menyasarkan seluruh badan mereka, maka ia penting untuk kanak-kanak.
“Walaupun gejala COVID-19 adalah lebih ringan bagi mereka, tetapi sindrom keradangan pelbagai sistem boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami gejala sangat teruk dan oleh itu saya menggesa semua ibu bapa untuk berusaha sama memastikan anak-anak mereka divaksin,” katanya.
Untuk makluman, seramai 30 orang kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Kuching telah menerima dos pertama vaksin Pfizer hari ini di bawah pengawasan pakar kanak-kanak di hospital tersebut.
Pemvaksinan bagi kanak-kanak lain yang layak di seluruh negeri akan dimulakan pada 5 Februari (Sabtu) sama ada di sekolah masing-masing atau di PPV yang telah dirancang oleh Pejabat Kesihatan Bahagian masing-masing.
Fadilah Sulaiman
Thu Feb 03 2022
![Vaksin Kanak-Kanak: 15 peratus ibu bapa di Sarawak tidak setuju - Uggah Vaksin Kanak-Kanak: 15 peratus ibu bapa di Sarawak tidak setuju - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643880211_TBUGGAHPICKIDS.jpg)
Uggah berkata, angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak. - Astro AWANI.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids 397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649216868_PICKids.jpg)
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
![PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655632019_NoorAzmiGhazali.jpg)
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
![KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655369030_TBPICKIDS.jpg)
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
![Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
![PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644843284_TBROSEVAKSIN.jpg)
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
![Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653643611_PICKids.jpg)
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
![Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
![Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651054777_Suntikankanakkana.jpg)
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.