Vaksin COVID-19: Suntikan untuk remaja 12 hingga 17 tahun akan dimulakan - Khairy

Bernama
Ogos 13, 2021 12:28 MYT
Khairy berkata pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV. - Foto fail/Facebook/Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata PICK akan memulakan vaksinasi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.
Khairy berkata kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
"Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV tentang bagaimana vaksinasi COVID-19 untuk remaja akan dilaksanakan selari dengan pekeliling @DGHisham dan garis panduan klinikal terkini," kata Khairy menerusi satu ciapan di laman Twitter.

As per @DGHishams latest circular following revised recommendations to @JKJAVMY, PICK will start giving vaccinations to 12-17 year olds with the following priority order: 1) 12-17 w/ underlying medical conditions 2) 12-17 w/ no medical issues based on age de-escalation.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#COVID-19 #vaksin #remaja #PICK #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Khairy Jamaluddin #Dr Noor Hisham Abdullah #JKJAV
;