Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Astro Awani
April 22, 2023 10:30 MYT
April 22, 2023 10:30 MYT
KUALA LUMPUR: Pemberian dos penggalak kedua meningkat pada jumaat walaupun dengan hanya 201 dos diberikan.
Kemas kini terbaharu di portal KKMNOW menunjukkan bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
Portal KKMNOW turut mengemas kini bilangan penerima dos penggalak pertama, di mana jumlahnya kini melebihi 50 peratus berdasarkan pemberian harian 51 dos.
secara keseluruhannya, mereka yang menerima dos penggalak pertama sehingga kini berjumlah 16,328,026 individu.
KKM sangat menyarankan pengambilan dos penggalak bagi individu berisiko 60 tahun dan ke atas, pesakit kronik, individu mudah mendapat jangkitan teruk COVID-19 dan individu berusia 18 tahun ke atas.
Buat masa ini, suntikan dos penggalak ditawarkan di 1,293 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara iaitu di hospital dan klinik KKM serta PPV swasta.
Mereka yang layak boleh mendaftar di MySejahtera untuk janji temu.