Vaksin COVID-19: Negara capai sasaran 150,000 suntikan harian

Astro Awani
Jun 9, 2021 10:33 MYT
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) jumlah keseluruhan dos yang dicapai adalah 151,309.
KUALA LUMPUR: Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencapai sasaran lebih 150,000 pada 8 Jun.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) jumlah keseluruhan dos yang dicapai adalah 151,309.
Menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter rasmi JKJAV, jumlah itu melibatkan angka bagi individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos iaitu 45,587, manakala pemberian suntikan satu dos ialah 105,722.

Suntikan harian bagi 8 Jun melepasi 150 ribu. Key now is to ensure we hit this consistently as we move towards 200k/day. Ongoing ramp up of capacity in Klang Valley will drive daily numbers. pic.twitter.com/lECR8oFG0v

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jumlah keseluruhan yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos setakat 8 Jun adalah 3.8 juta.
Manakala negeri yang paling tinggi dalam jumlah suntikan vaksin adalah Sarawak dengan 256,000, diikuti Johor (239,000) dan Sabah (194,000).
#COVID-19 #vaksin #JKJAV #suntikan
;