Vaksin COVID-19: Lebih 60 peratus populasi dewasa lengkap dua dos

Astro Awani
Ogos 27, 2021 00:45 MYT
Secara kumulatif, 58 peratus populasi keseluruhan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 60 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, setakat Khamis.
Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), penerima individu dewasa lengkap dua dos vaksin mencapai 60.2 peratus atau lebih 14 juta dos telah diberikan.
Bagi suntikan dos pertama pula, populasi dewasa mencapai 80.9 peratus atau bersamaan lebih 18.94 juta dos telah diberikan.
Ini selepas pemberian dos harian vaksin COVID-19 mencatatkan pertambahan 408,295, pada Khamis.

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 26 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/R2qn50fy8b

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara kumulatif, 58 peratus populasi keseluruhan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 43. 2 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin.
Sementara itu, Negeri dan Wilayah yang melebihi 50 peratus populasi dewasa melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 adalah Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 26 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/BKastbHJtN

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala kesemua negeri dan wilayah telah melebihi 50 peratus populasi dewasa dalam memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
#COVID-19 #vaksin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #JKJAV