Vaksin COVID-19: KPT mohon CITF beri kelonggaran had umur 18 tahun ikut tahun kelahiran

Hafizi Rosli
September 14, 2021 09:02 MYT
NORAINI: Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi untuk membuat permohonan secara rasmi kepada CITF supaya memberi kelonggaran had umur 18 tahun berdasarkan tahun kelahiran dan bukan mengikut tarikh lahir sebenar pelajar. -BERNAMA
KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) akan membuat permohonan rasmi kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) supaya memberi kelonggaran had umur 18 tahun berdasarkan tahun kelahiran dan bukan mengikut tarikh lahir sebenar pelajar.
Jelas Menteri KPT, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, ia bagi membolehkan pelajar yang lahir pada September hingga Disember 2003 yang ditawar kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) mendapatkan vaksin.
Dalam ciapan di akaun Twitter pada Isnin, beliau difahamkan sebilangan pelajar tidak dibenar mengambil vaksin oleh petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan alasan usia belum mencukupi 18 tahun.

Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi untuk membuat permohonan secara rasmi kepada CITF supaya memberi kelonggaran had umur 18 tahun berdasarkan tahun kelahiran dan bukan mengikut tarikh lahir sebenar pelajar.

— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) September 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keadaan ini, katanya, akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar yang bakal kembali ke kampus.
Terdahulu, KPT bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaksanakan program vaksinasi pelajar institusi pengajian tinggi.
Ia membuka peluang kepada pelajar yang masih belum menerima vaksin untuk mendapatkan vaksinasi secara "walk-in" di PPV terbuka.
Vaksinasi pelajar IPT ini, kata Noraini, sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat dalam kampus kelak.

Program Vaksinasi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi ini adalah satu inisiatif @mohe_kpt bersama @KKMPutrajaya dan @officialmosti bagi membentuk imuniti kelompok supaya pelajar selamat di kampus kelak.Saya berharap agar warga IPT dapat mengambil peluang ini.#KPTprihatin pic.twitter.com/wg73jXGeCI

— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#pelajar IPT #kelonggaran had umur #berdasarkan tahun kelahiran #noraini ahmad
;