Vaksin COVID-19: Ikhtiar untuk tamatkan pandemik ini - KP Kesihatan

Nursyazwani Saiful Sham
Februari 24, 2021 10:19 MYT
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melakukan demonstrasi penggunaan picagari khas LDV pada Isnin. - BERNAMA
KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan harapan agar penularan pandemik COVID-19 dapat ditamatkan dengan pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.
Menerusi ciapan ringkas, beliau memaklumkan, program imunisasi ini adalah antara ikhtiar bersama untuk terus dilindungi dari pandemik ini.
"Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan COVID-19 dengan pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hari ini. InshaAllah.
"Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi," ujarnya.

Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan Covid-29 dengan pelancaran Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hari ini. InshaAllah Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi. https://t.co/dEUJ24PEJb

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian sebagai menyambut baik ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam berkenaan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil bagi golongan yang ditetapkan kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi menyatakan pendiriannya berkenaan vaksin COVID-19 adalah antara ikhtiar kita yang bertepatan dengan maqasid syariah.
Sumber Facebook drzulkiflialbakri
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan.
BACA: Hukum ambil vaksin COVID-19 adalah harus - PM
Hari ini, sejarah bakal tercipta apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNtech di negara ini petang nanti.
Ikuti lapor langsung melalui pautan ini;
[LAPOR LANGSUNG] Sejarah bakal tercipta, PM individu pertama terima vaksin Pfizer BioNTech
#COVID-19 #vaksin #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Muhyiddin Yassin #Zulkifli Mohamad Al-Bakri
;