Vaksin COVID-19: 86.3 peratus populasi dewasa lengkap dua dos

Afiezy Azaman
September 30, 2021 05:31 MYT
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,255,398 individu atau 62 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. - Foto fail/Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.2 peratus atau 22,042,703 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20,255,398 individu atau 62 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 72.1 peratus atau 23,540,977 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 52,774 atau 1.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 329,163 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi program imunisasi COVID-19 kebangsaan (PICK) adalah 43,696,743 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#suntikan #vaksin #PICK #COVID-19
;