Vaksin COVID-19: 67.4 peratus populasi dewasa lengkap dua dos - JKJAV

Astro Awani
September 5, 2021 01:14 MYT
Vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos diberikan, iaitu 165,942 merupakan dos kedua dan 134,559 adalah dos pertama. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 48.3 peratus atau seramai 15,772,760 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya pada Ahad memaklumkan, setakat semalam juga, seramai 20,401,824 individu atau 62.5 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 36,141,604 dos.
Peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 67.4 peratus setakat semalam berbanding 66.7 peratus, pada Jumaat.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 4 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/qG4kfQHIAX

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos diberikan, iaitu 165,942 merupakan dos kedua dan 134,559 adalah dos pertama.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 4 September#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/flS0jQTlNe

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #vaksin #JKJAV