Vaksin COVID-19: 64.9 peratus rakyat Malaysia terima dos pertama - JKJAV

Umavathi Ramayah
September 11, 2021 02:00 MYT
Pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini melebihi 38 juta dos. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 21,195,778 individu atau 64.9 peratus daripada populasi Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat Jumaat, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya, JKJAV memaklumkan seramai 16,856,812 individu atau 51.6 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah melengkapkan dua dos suntikan.
Sebanyak 287,059 dos vaksin COVID-19 yang merangkumi 111,027 dos pertama dan 176,032 dos lengkap turut diberikan semalam.
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini melebihi 38 juta dos.
Lembah Klang dan Labuan merekodkan lebih 100 peratus daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Daily vaccination report by states on 10 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/ntwL0ZD2dc

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 10 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/5lXSwA34kP

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 10 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/mqPGoGxYbA

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara negeri-negeri lain termasuk Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan dan Sarawak menyaksikan lebih 80 peratus daripada populasinya menerima satu dos vaksin.
JKJAV sebelum ini menjelaskan, kadar pemberian vaksin melebihi 100 peratus kerana data jumlah populasi sedia ada belum mengambil kira perubahan saiz penduduk selepas bancian terakhir, selain vaksinasi kepada penduduk tanpa dokumen.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #vaksin #JKJAV