Vaksin COVID-19: 552,701 dos harian direkodkan, 1.5 juta dalam tiga hari

Afiezy Azaman
Julai 29, 2021 00:10 MYT
Menurut data JKJAV, pemberian dos pertama merekodkan 353,771 manakala bagi dos kedua 198,930. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi harian COVID-19 negara terus mencatatkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan lebih 500,000 untuk tiga hari berturut-turut.
Pada Rabu, pemberian suntikan harian sebanyak 552,701 dos yang kedua tertinggi pernah direkodkan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula hujung Februari lalu.
Menurut data Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemberian dos pertama merekodkan 353,771 manakala bagi dos kedua 198,930.

Jumlah pemberian vaksin pada 28 Julai 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/6RtwQYUX0f

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di Malaysia menghampiri angka 19 juta iaitu 18,946,048.
Operasi lonjakan kapasiti di Lembah Klang pula merekodkan 239,874 dos diberikan secara keseluruhan, pada Rabu.
#COVID-19 #dos kedua #dos pertama #PICK #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #suntikan #vaksin #Malaysia