Vaksin COVID-19: 53 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Astro Awani
Ogos 21, 2021 09:38 MYT
Ogos 21, 2021 09:38 MYT
KUALA LUMPUR : 53 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), 76.7 peratus populasi dewasa sudah menerima satu dos vaksin.
Ia selepas 483,855 dos harian diberikan semalam dengan 328,825 adalah bagi dos kedua manakala 155,030 dos lagi adalah dos pertama.
Antara negeri yang mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi adalah Selangor (99,070), Kuala Lumpur (60,039), Johor (38,681), Sabah (31,380) dan Pulau Pinang (18,033).
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara melebihi 30.37 juta.
Bagi peratusan populasi keseluruhan, 38 peratus (12.40 juta individu) sudah melengkapkan vaksinasi dengan 55 peratus lagi (17.96 juta individu) sudah menerima satu dos suntikan.