Vaksin COVID-19: 507,050 dos harian pada Khamis, rekod tertinggi

Hafizi Rosli, Umavathi Ramayah
Julai 23, 2021 08:59 MYT
Sebanyak 335,977 dos pertama dan 171,073 dos kedua diberikan pada Khamis. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 507,050 dos pada Khamis (22 Julai).
Angka tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari lalu.
Menurut hantaran terbaharu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Twitter hari ini, sebanyak 335,977 dos pertama dan 171,073 dos kedua diberikan semalam.

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 pada 22 Julai 2021 ialah 507,050 dos, yang tertinggi setakat ini. Dos 1 : 335,977 Dos 2 : 171,073 Sila daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM, Tel 1800888828 pic.twitter.com/wwrZVGupD8

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin harian adalah 460,158 dos pada 15 Julai lalu.
Semalam, jumlah kes jangkitan harian kembali melebihi angka 13,000 apabila sebanyak 13,034 kes dilaporkan.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 964,918.
Semua negeri mencatatkan pertambahan kes semalam dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan 6,049 kes baharu.
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #vaksin #dos kedua #dos pertama #MySejahtera #PICK #JKJAV
;