KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 507,050 dos pada Khamis (22 Julai).

Angka tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari lalu.

Menurut hantaran terbaharu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Twitter hari ini, sebanyak 335,977 dos pertama dan 171,073 dos kedua diberikan semalam.


Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin harian adalah 460,158 dos pada 15 Julai lalu.

Semalam, jumlah kes jangkitan harian kembali melebihi angka 13,000 apabila sebanyak 13,034 kes dilaporkan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 964,918.

Semua negeri mencatatkan pertambahan kes semalam dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan 6,049 kes baharu.