KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pemberian vaksin COVID-19 sebanyak 462,242 dos pada Jumaat (23 Julai).

Menurut hantaran terbaharu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi Twitter hari ini, sebanyak 301,536 dos pertama dan 160,706 dos kedua diberikan semalam.

Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin harian adalah pada Khamis dengan
507,050 dos.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 16.48 juta

Ia membabitkan 11.22 juta bagi satu dos

Manakala 5.26 juta sudah melengkapkan suntikan dua dos vaksin.


Semalam, jumlah kes jangkitan harian mencatat angka tertinggi dengan 15,573 kes dilaporkan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 980,491.

Semua negeri mencatatkan pertambahan kes semalam dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan 7,672 kes baharu.