Vaksin COVID-19: 441,100 dos didaftarkan dalam negara pada 22 Ogos

Astro Awani
Ogos 23, 2021 09:31 MYT
Jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara kini meningkat kepada 31.28 juta. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sejumlah 441,100 pemberian dos satu dan dua didaftarkan dalam negara pada 22 Ogos.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, 303,545 adalah bagi dos kedua.
Manakala 137,555 dos yang didaftarkan semalam adalah bagi dos pertama.
Ini sekali gus menyaksikasn jumlah peratusan vaksinasi populasi dewasa dalam negara meningkat kepada 55.6 peratus yang sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Dalam pada itu, 78 peratus lagi sudah menerima sekurang-kuragnya satu dos vaksin.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 22 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/E54fpEEJVV

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 22 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/FtrR9M2oHL

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin dalam negara kini meningkat kepada 31.28 juta.
Bagi peratus populasi keseluruhan pula, 39.9 peratus (13.02 juta) sudah melengkpaka vaksinasi mereka dengan 55.9 peratus (18.25 juta) sudah menerima satu dos suntikan.
Wilayah persekutuan mencatatkan peratusan populasi yang melengkapkan vaksinasi mereka tertinggi diikuti Sarawak (84.6 peratus), Lembah Klang (83.3 peratus), Negeri Sembilan (71.3 peratus) dan Perlis (61.4 peratus).

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 22 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/pcO4XEmHJz

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bekalan vaksin #COVID-19 #dos kedua #dos pertama #suntikan #vaksin #JKJAV
;