Vaksin COVID-19: 41.6 peratus populasi dewasa selesai terima dos penggalak

Astro Awani
Januari 19, 2022 10:34 MYT
Seramai 25.68 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus telah lengkap divaksinasi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 9.744 juta individu atau 41.6 peratus populasi dewasa selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pada Selasa, terdapat pertambahan 127,066 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.
Seramai 25.68 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus telah lengkap divaksinasi.
Bagi populasi dewasa, seramai 22.9 juta individu atau 97.9 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.77 juta individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 129,597 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 61.27 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#COVID-19 #vaksin #dos penggalak #PICK
;