Vaksin COVID-19: 367,213 terima dos pertama, Selangor catat jumlah tertinggi

Asyraf Roslan
Mac 18, 2021 10:01 MYT
DR ADHAM: Selangor merekodkan jumlah seramai 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443) dan Kuala Lumpur (33,500). -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 367,213 individu telah menerima dos pertama vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah penerima dos pertama vaksin COVID-19 tertinggi setakat 17 Mac 2021.
Ia merekodkan jumlah seramai 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443) dan Kuala Lumpur (33,500) yang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Antara negeri yang masih menunjukkan jumlah rendah individu menerima suntikan vaksin ialah Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Perkara tersebut dinyatakan dalam kemas kini oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui ciapan di Twitternya pada Khamis.

Terkini : Jumlah pemberian dos pertama vaksin (mengikut negeri) setakat 17 Mac 2021. Fasa 1 (Feb - April)#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/CsbLmJJHsA

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
#My Vaksin COVID19 #vaksin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #kesihatan #COVID-19 #Kuala Lumpur #Putrajaya #Perlis #Twitter #Datuk Dr Adham Baba
;