Vaksin COVID-19: 291,217 dos suntikan direkodkan pada 11 Julai - JKJAV

Astro Awani
Julai 12, 2021 10:22 MYT
Ini menjadikan jumlah pemberian dos pertama setakat ini adalah 24 peratus dan dos kedua adalah 10.8 peratus. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kadar vaksinasi harian COVID-19 dalam negara menunjukkan sedikit penurunan pada 11 Julai dengan 291,217 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, dengan pertambahan jumlah harian itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksinasi ketika ini adalah 11.36 juta.
Data oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan, daripada jumlah itu 190,186 adalah penerima dos pertama, manakala 101,031 adalah penerima dos kedua.
Bagi dos harian, negeri yang mencatatkan pemberian dos pertama tertinggi adalah Selangor dengan lebih 50,000 diikuti Kuala Lumpur dengan lebih 29,000.

Jumlah pemberian vaksin pada 11 Julai #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/FxAIx7PbTn

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 11 Julai#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/XMF3mPjYX7

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 11 Julai#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Jj14RU47Ag

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) July 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini menjadikan jumlah pemberian dos pertama setakat ini adalah 24 peratus dan dos kedua adalah 10.8 peratus.
Bagi jumlah populasi tertinggi divaksinasi mengikut negeri, Kuala Lumpur mencatatkan 78.9 peratus diikuti Putrajaya 51.5 peratus dan Sarawak 49.1 peratus.
#Kuala Lumpur #Putrajaya #COVID-19 #vaksin #dos pertama #dos kedua #bekalan vaksin #Menteri Kesihatan #Datuk Seri Dr Adham Baba
;