Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Bernama
Jun 4, 2022 12:20 MYT
Jun 4, 2022 12:20 MYT
KUALA LUMPUR: Seramai 1,191,976 atau 33.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,732,523 atau 48.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,915,979 atau 93.7 peratus lengkap divaksin, manakala 3,011,714 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, 16,103,423 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,976,190 atau 97.7 peratus lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,252,505 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 9,849 dos harian diberikan semalam meliputi 2,020 dos pertama, 6,655 dos kedua dan 1,174 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,970,006.
Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan satu kematian di Sarawak akibat COVID-19 semalam.
-- BERNAMA