Vaksin: Apa yang perlu ditakutkan?
Umavathi Ramayah
Jun 3, 2021 19:07 MYT
Jun 3, 2021 19:07 MYT
KUALA LUMPUR: Apa yang perlu ditakutkan?
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang penerima vaksin COVID-19 berusia 75 tahun ketika ditemui Astro AWANI di Pusat Pemberian vaksin (PPV) Pusat Perubatan Sunway, pada Khamis.
Menurut Datin Jamilah Ujang, rakyat sepatutnya takut pada COVID-19 bukannya bimbang dan ragu-ragu dengan vaksin.
"Ini adalah satu-satunya jalan untuk membantu negara kita. Jangan takut," tegasnya berkongsi pendapat.
Menurut Jamilah, beliau sungguh teruja selepas menerima janji temu bagi mendapatkan vaksin Sinovac pada hari ini.
"Lama juga saya tunggu," katanya.
Sementara itu, Hariraman Palaya, 77, yang juga senada dengan Jamilah meminta orang ramai terutamanya warga emas supaya tidak takut untuk mengambil vaksin.
"Ini cara kerajaan dalam memberi perlindungan kesihatan kepada semua. Apa yang kita lakukan hari ini adalah membantu negara dalam membentuk kesihatan yang baik. Tak perlu takut, rakyat sihat...negara pun 'sihat'," kata peguam itu.
Wong Chew Kiok, 74, pula mengakui pada awalnya dia takut untuk mengambil vaksin disebabkan banyak desas-desus.
Namun menyedari kebaikan melebihi keburukan, hatinya terbuka untuk mendaftar sebagai penerima.
#program vaksinasi
#Khairy Jamaluddin
#Sinovac
#warga emas
#Pusat Perubatan Sunway
#Kementerian Kesihatan