UUM bantu biaya bil pembedahan apendiks siswa di Korea Selatan
Astro Awani
Ogos 15, 2016 20:21 MYT
Ogos 15, 2016 20:21 MYT
Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Arif Gamar yang mengalami situasi kecemasan apabila apendiksnya pecah ketika menghadiri forum belia di Korea Selatan, kini dalam keadaan tenat.
Mohd Arif, 21, merupakan salah seorang daripada lima pelajar dari Malaysia yang ditaja untuk mewakili negara pada Forum Belia Antarabangsa Kelima mengenai Sejarah Perdamaian di Seoul.
Semasa sesi perkenalan forum 8 Ogos lalu, Mohd Arif mengadu amat sakit perut. Dia dibawa ke Hospital Kangbuk Samsung dan disahkan perlu menjalani pembedahan dengan segera berikutan keadaan yang mengancam nyawa.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Muhamad Aiman Mohd Nahzeri dalam satu kiriman Facebook mengesahkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Haji Abdul Karim memaklumkan persetujuan UUM untuk membayar kos pembedahan Arif:
Menurut jurucakap UUM dalam satu kenyataan pada Isnin, Arif masih lagi dirawat di hospital dan bil perubatan rasmi masih belum dikelaurkan, lapor mStar.
Pihak universiti juga sentiasa berhubung dengan pelajar dan keluarganya serta berikrar Arif akan dijaga baik sehingga pulang ke tanah air, tambah jurucakap tersebut.