UTC ditutup sempena Aidilfitri

Bernama
Mei 31, 2018 18:54 MYT
Menurut Kementerian Kewangan, hari terakhir Ramadan (14 Jun), waktu operasi UTC di Semenanjung akan bermula dari 8.30 pagi hingga 1 tengah hari. - Foto Astro AWANI
Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Malaysia akan ditutup sempena sambutan Aidilfitri bermula 15 hingga 17 Jun ini.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini berkata bagi hari terakhir Ramadan (14 Jun), waktu operasi UTC di Semenanjung akan bermula dari 8.30 pagi hingga 1 petang.
"Waktu operasi UTC di Sabah, Sarawak dan Labuan pula adalah pada 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari sama (14 Jun)," kata kenyataan itu.
UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 18 Jun.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #Kementerian Kewangan #Ramadan #UTC
;