Satu usul bagi mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang, mengisytiharkan pendapatan dan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan dibentangkan pada sesi Sidang Dewan Rakyat esok.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata usul itu akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, sebagai usaha dan reformasi dalam membanteras rasuah dalam negara.
Katanya usaha kerajaan Pakatan Harapan menangani rasuah dengan menggalakkan semua Anggota Parlimen mengisytiharkan pendapatan serta harta, tidak mendapat kerjasama daripada pembangkang.
"Kerajaan telah tunggu setahun, tapi masih belum ada pembangkang sama ada UMNO, MCA, MIC atau Pas, yang mengisytiharkan harta dan aset mereka.
"Jika PM (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dah isytihar, mengapa Ahli Parlimen lain tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Biasa Wanita DAP Perak di sini, hari ini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching selaku Timbalan Ketua Wanita DAP Kebangsaan.
BACA: Usul wajib isytihar harta untuk semua Ahli Parlimen pada sesi Dewan Rakyat nanti
Semakan Bernama di dalam Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan SPRM setakat pukul 2 petang ini, mendapati seramai 124 Anggota Parlimen kerajaan atau 89.2 peratus, telah mengisytiharkan harta mereka, manakala 10.8 peratus atau 15 orang belum berbuat demikian.
Sementara itu, tiada nama mana-mana Ahli Parlimen pembangkang, yang telah mengisytiharkan harta mereka ditemukan dalam ruangan carian.
Menjelas lanjut, Nga yang juga Pengerusi DAP Perak serta Anggota Parlimen Teluk Intan berkata sekiranya usul tersebut diluluskan, mana-mana Anggota Parlimen yang gagal mengisytiharkan harta mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.
BACA: Isytihar aset bakal hangatkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini
Katanya adalah diharapkan usaha menangani rasuah itu juga dapat diperluas dan dilaksanakan di Dewan Negara, dengan melibatkan Senator.
"Dengan langkah ini, kita dapat tingkatkan kedudukan negara yang kini di tangga ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunan, pada 2018," katanya.
Kira-kira 100 perwakilan dari seluruh Perak hadir konvensyen itu, yang menyaksikan enam usul dibentang dan dibahaskan, antaranya menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak subsidi kepada pusat asuhan kanak-kanak dan kemudahan pusat jagaan warga emas, bagi membantu mengurangkan beban keluarga.
Turut dibahaskan usul meminta kerajaan menyelesaikan isu melibatkan kanak-kanak tanpa warganegara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Usul itu akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, sebagai reformasi dalam membanteras rasuah dalam negara. - Gambar fail
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.