Ustaz mengaku tidak divaksin, bawa orang tak vaksin ke Arab Saudi

Sinar Harian
Januari 10, 2022 04:50 MYT
Penceramah bebas ini mendakwa ramai jemaah tidak mengambil vaksin dan segala jenis vaksin akan pupus dan tamat tempoh. - Foto Instagram
SHAH ALAM: Seorang ustaz yang juga penceramah bebas mengakui bahawa beliau yang membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi.
Pengakuan secara terbuka itu dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Ahad.
Bahkan, beliau juga turut mengakui bahawa dirinya juga tidak divaksinasi.
“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus.
“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.
“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’,” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.
Pada 6 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi COVID-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.
ARTIKEL ASAL DI SINAR HARIAN
#jemaah tidak divaksin #Arab Saudi #ustaz mengaku tidak divaksin #jemaah umrah
;